Hai anda anda.
Hari ney rasa nak share pasal tujuh keajaiban dunia purba lah.
Mungkin ade yang dah tau tapi saje je aku nak share at korang.
Hehehehe.
Ok jum tengok ape ke benda tujuh keajaiban dunia purba ney??
Haa,meh aku nak citer sikit lah.
Tujuh keajaiban dunia purba ney sebenarnye terdiri daripada seni bina yang manusia di zaman dahulu kala telah hasilkan.
Ok, jum tengok tujuh keajaiban dunia purba tu.
1.Piramid Agung Kufu
piramid ney antara piramid-piramid tertua dan gak antara piramid yang terkenal.
Sewaktu dibina, ketinggiannye adalah 146.5 meter(481 kaki)
tapi disebabkan hakisan tinggal lah 139 meter (455 kaki).
2.Taman Tergantung Babylon
Turut dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis.
Menurut sesetengah sumber, taman ini dibina untuk mengembirakan
isteri Nebuchadnezzar, Amyitis yang rindukan kampung halamannya.
3.Kuil Artemis
Merupakan kuil tamadun Yunani Purba.
Tujuan pembinaan ialah menyembah dewa Artemis.
Dibina pada 550 S.M
4.Berhala Zues
Berhala ini diukir oleh pengukir klasik terkenal iaitu Phidias (Kurun ke-5 Sebelum Masihi) kira-kira 434 S.M
5.Makam Maussollos
merupakan sebuah makam besar yang dibina untuk Satrap (Gabenor) wilayah Parsi Curia Maussollos oleh isteri dan adiknya Artemisia II dari Caria.
Tinggi 45 meter dan didinding luar terdapat ukiran dan seni pahat.
6.Patung Raksasa Rhodes
Patung ini berdiri setinggi 30 meter dan diperbuat daripada gangsa, tapi telah musnah selepas 56 tahun dibina akibat gempa bumi.
7.Rumah Api Iskandariah
Bangunan rumah api direka oleh Sostratus dari Snidus atas arahan Satrap (Gabenor) Ptolemy I, seorang panglima Iskandar Agung.
Selepas Iskandar meninggal dunia, Ptolemy mengisytiharkan diri sebagai raja baru dan mengarahkan pembinaan bangunan rumah api.
Bangunan ini disiapkan semasa pemerintahan anakandanya, Ptolemy II Philadelphus.
Namun musnah akibat gempa bumi pada 1303 dan 1323
Begitulah serba sedikit tentang tujuh keajaiban dunia purba.
Nak tahu dengan mendalam sila la ke link ney Wikipedia.
Gambar dan isi kandungan sumer dari Wikipedia.
Ok lah penat menaip.
Hope enjoy lah baca entri ney.
SEKIAN..
Terima Kasih kerana sudi membaca entri ini. Jangan lupa komen.